Wednesday 13 November 2013

Sekalung Tahniah dan Syabas

Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan sebentar tadi menyaksikan ramai  pencatur mencapai kejayaan cemerlang. Antaranya pencatur yang mewakili Hulu Perak di Peringkat Sekolah , Daerah Hulu Perak dan Negeri Perak telah mencapai kejayaan yang cemerlang.


Tengku Nur Afruz dan Nur Hanani dari SK RKT Bersia dan Nur Damia dari SK Sri Adika Raja Gerik. Pencapaian 5A
 

Budaya Baru di SK Bongor

Budaya baru telah wujud di Sk Bongor ekoran minat yang tinggi dalam kalangan pelajar. Bongorian Chess Club yang diwujudkan untuk memberi pendedahan awal dalam permainan catur. Kursus  Asas Jangka Pendek dalam permainan catur menjadikan permainan ini begitu diminati. Di mana sahaja jika ada peluang, pastinya masa itu akan digunakan untuk bermain catur.

Waktu rehat dihabiskan dengan bermain catur.

Walau dibakar sinar matahari tetap bertahan

Kerusi dan meja lama digunakan untuk bermain catur.


Lawan tetap lawan.

Ada yang berani? Bakal pencatur hebat.
 
Diharap tahun 2014 akan lahir pencatur baru dari SK Bongor untuk memberi cabaran di peringkat Daerah Hulu Perak.

Program Pembangunan Catur Fasa 1 SK RKT Bersia bersama Bongorian Chess Club.

Program pembangunan catur Fasa 1 bersama Bongorian Chess Club telah berjaya diadakan di Dewan Bacaan Perpustakaan SK RKT Bersia. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang asas permainan catur.
 Proram ini juga bertujuan untuk mencungkil bakat baru dalam permainan ini untuk diketengahkan sebagai wakil sekolah ke pertandingan di peringkat Zon Gerik Utara dan Daerah Hulu Perak 2014.
 
Ucapan Perasmian Oleh Tuan Guru Besar. 
 
Sesi Praktikal






Sesi Rehat dan menikmati minuman pagi
 


Bakal Pencatur Hebat Bongorian




Penyampaian Sijil Penyertaan.