Sunday 16 October 2011

Pesta PSKPP

Pesta PSKPP telah berlangsung dari 14.10.2011 - 16.10.2011.Kejohanan catur telah dijalankan di Dewan PPD Manjung.Persekitaran pertandingan baik dan selesa Sekalung tahniah diucapkan kepada pihak tuan rumah kerana telah berjaya menganjurkan pertandingan tersebut.
Pasukan Catur Hulu Perak terdiri dari sembilan orang pencatur iaitu seorang pengurus, seorang jurulatih, seorang arbiter, empat pemain lelaki dan dua orang pemain wanita.
Mekipun penyertaan disaat akhir tanpa latihan dan apa-apa persiapan namun  Hulu Perak tetap memberi saingan sengit.
Pusingan pertama menyaksikan kekalahan tipis 4-2. manakala pusingan kedua cabaran lebih sengit dengan keputusan seri 3-3 dengan 2 mata diraih oleh pemain wanita.Pusingan ke tiga menyaksikan kekalahan 4-3 menyaksikan jangkaan kemenangan gagal dicapai kerana kegopohan dan kurang latihan.
Pusingan ke empat dan ke lima menyaksikan pasukan Hulu Perak kehilangan 2 orang pemain iaitu Pn Salmiah yang berulang dari Gerik mengalami masalah kesihatan dan En Syed yang datang dari Sungkai tidak dapat hadir kerana masalah keluarga.Jika tidak menghadapi masalah ini kemungkinan Hulu Perak akan mencapai kemenangan dalam kedua-dua pusingan. Namun pujian patut diberi kepada pasukan Hulu Perak kerana walaupun kehilangan kedua-dua pemain namun perjuangan diteruskan yang menyaksihan kekalahan tipis 4-2 ke kepada lawan dalam kedua-dua pertemuan.


Bagi pasukan Hulu Perak semangat untuk memeriahkan dan meraikan pertandingan ini tetap tersemat di sanobari meskipun pencatur Hulu Perak bukanlah pasukan yang ternama seperti LMS atau Hilir Perak. Namun perjuangan tetap diharungi demi memeriahkan lagi suasana pesta ini.

Kelihatan pencatur Hulu Perak iaitu Pun Hjh Rossharimah , Pn Salmiah, En. Mahadi, En Syed, En Nik dan En Wan sedang khusuk menghadapi lawan. 

 En Wan Mohd Hafizi b Abd Rahman dari SK Felda Bersia.
En Nik Yuhafezi b Abdul Ghani  dari SK Bt 4 mewakili Hulu Perak.
Mesyuarat Terakhir Pengurus Pasukan PSKPP sebelum kejohanan bermula.


Sekitar Pertandingan
Rakan Lama Sdr Arof dari KK
Pencatur Hulu Perak sedang berentap. 

Pn Hajah dan Pn Salmiah tetap memberi tentangan hebat.

Berentap dengan pasukan yang menjadi juara PSKPP 2011

 

En Mahadi Ketua pasukan dan Pn Salmiah sedang berbincang sesuatu. 

Pn Salmiah dan Pengurus Pasukan dan rakan lama.

Pn Salmiah bersama Pengurus Pasukan

 
Pertemuan dengan pasukan Kerian

Tumpang sekaki walaupun tidak menjadi pemain.



Bersama Otai Catur Perak.

 Kenangan PSKPP 2011 







No comments:

Post a Comment