Monday 29 October 2012

Kejohanan Pembangunan Catur Negeri Perak

Hulu Perak tampil menyerlah dalam program pembangunan catur  Negeri Perak 2012. Kejohanan tersebut telah berlangsung pada 19, 20 dan 21 Oktober 2012 di Batu Gajah, Perak.

        Kejohanan yang dianjurkan oleh JPN Perak tersebut bertujuan untuk mencungkil bakat dan mengenalpasti pelajar yang berpotensi dari seluruh pelusuk negeri.

        Kejohanan ini menyaksikan wakil dari  Hulu Perak berjaya merangkul 3 emas iaitu P 16, L14 dan P11 manakala 3 gangsa dalam kategori P16, P14 dan L11. Tahniah diucapakan kepada para pelajar yang berkenaan atas kesungguhan dan usaha yang berterusan.
 
 

Johan P 12
 
Gangsa P 14

Johan L14
Johan P16
 
 
 Gangsa P16
 
 
 
 
 
 

 


 


 
 
 

Tuesday 9 October 2012

Kejohanan Pembangunan Sukan Catur Hulu Perak 2012

Program Pembangunan Sukan Catur Daerah Hulu Perak akan diadakan pada:

Tarikh:  13. 10. 2012

Tempat: Dewan Makan Asrama SK Sri Adika Raja.

Masa  : 8.00 pagi - 5 petang

Para pelajar dari sekolah rendah dan menengah Daerah Hulu Perak dijemput mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.Pemenang akan mewakili Daerah Hulu Perak ke Kejohanan Peringkat Negeri Perak pada 19, 20 dan 20 Oktober 2012.

Syarat Penyertaan :

Mewakili sekolah masing-masing dalam kategori L/P 11 Tahun dan ke bawah, L/P 14 Tahun dan ke bawah, L/P 16 Tahun dan ke bawah.

Yuran Penyertaan : Percuma.

Tarikh tutup pengesahan penyertaan : 11.10.2012 ( Khamis )

Sila dapatkan maklumat lanjut dari Guru Penasihat Kelab Catur sekolah masing-masing.