Sunday 3 June 2012

KEJOHANAN SOFBOL DAN CATUR MSSM KUALA TERENGGANU 2012



Terengganu telah diberi penghormatan oleh KPM untuk menganjurkan Kejohanan Catur MSSM 2012 . Kejohanan kali ini dijangka lebih hebat dari tahun-tahun sebelumnya kerana kejohanan ini akan berlangsung di Stadium Negeri iaitu sebuah lokasi yang cukup selesa untuk pertandingan ini.
Para pencatur yang mewakili negeri masing masing akan bermain sebanyak 6 pusingan. Seramai enam pemain bagi setiap kategori iaitu L12, P 12, L15, P15, L18 dan P18. 2 pencatur akan bermain dalam kategori individu dan 4 pencatur akan bermain dalam kategori berpasukan.
Pusingan pertama Pertandingan Catur MSSM kali ini akan bermula pada pukul 2.30 petang secara serentak. Penyesuaian gelanggang pertandingan akan dilaksanakan pada pukul 9.00 pagi bagi memberi peluang kepada para pencatur menyesuaikan diri dengan persekitaran di Stadium Negeri ini.
Sila layari laman rasmi berikut untuk perkembangan menyeluruh:

No comments:

Post a Comment