Wednesday 13 November 2013

Sekalung Tahniah dan Syabas

Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan sebentar tadi menyaksikan ramai  pencatur mencapai kejayaan cemerlang. Antaranya pencatur yang mewakili Hulu Perak di Peringkat Sekolah , Daerah Hulu Perak dan Negeri Perak telah mencapai kejayaan yang cemerlang.


Tengku Nur Afruz dan Nur Hanani dari SK RKT Bersia dan Nur Damia dari SK Sri Adika Raja Gerik. Pencapaian 5A
 

Budaya Baru di SK Bongor

Budaya baru telah wujud di Sk Bongor ekoran minat yang tinggi dalam kalangan pelajar. Bongorian Chess Club yang diwujudkan untuk memberi pendedahan awal dalam permainan catur. Kursus  Asas Jangka Pendek dalam permainan catur menjadikan permainan ini begitu diminati. Di mana sahaja jika ada peluang, pastinya masa itu akan digunakan untuk bermain catur.

Waktu rehat dihabiskan dengan bermain catur.

Walau dibakar sinar matahari tetap bertahan

Kerusi dan meja lama digunakan untuk bermain catur.


Lawan tetap lawan.

Ada yang berani? Bakal pencatur hebat.
 
Diharap tahun 2014 akan lahir pencatur baru dari SK Bongor untuk memberi cabaran di peringkat Daerah Hulu Perak.

Program Pembangunan Catur Fasa 1 SK RKT Bersia bersama Bongorian Chess Club.

Program pembangunan catur Fasa 1 bersama Bongorian Chess Club telah berjaya diadakan di Dewan Bacaan Perpustakaan SK RKT Bersia. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang asas permainan catur.
 Proram ini juga bertujuan untuk mencungkil bakat baru dalam permainan ini untuk diketengahkan sebagai wakil sekolah ke pertandingan di peringkat Zon Gerik Utara dan Daerah Hulu Perak 2014.
 
Ucapan Perasmian Oleh Tuan Guru Besar. 
 
Sesi Praktikal






Sesi Rehat dan menikmati minuman pagi
 


Bakal Pencatur Hebat Bongorian




Penyampaian Sijil Penyertaan.











 
 

Saturday 23 March 2013

Persiapan MSSM 2013

Kerja-kerja akhir persiapan tempat sedang dilaksanakan untuk memastikan kejohanan catur MSSM bejalan dengan lancar.
Tempat: Dewan Hotel Taiping Perdanan.

 


 

Monday 11 March 2013

Kejohanan Catur MSSM 2013

Selamat datang kita ucapkan kepada semua kontijen dari seluruh negara ke Negeri Perak Darul Ridzuan kerana Kejohanan Catur MSSM 2013 akan berlangsung di sini buat kali ini.

Kejohanan ini dijangka akan diadakan dari 23.3.2013 hingga 29.3.2013 di komplek Rakan Muda Kamunting, Taiping. Namun ada ura-ura dari pihak pengurusan untuk memberi keselesaan kepada kesemua pemain, kejohanan ini kemungkinan akan dipindahkan ke Hotel Perdana Taiping. Walau bagaimanapun diharap para pencatur bersabar menunggu berita berkenaan.






Dalam kesibukan PTPS Negeri membuat persediaan di peringkat MSSM, persiapan kontijen Perak tidak diabaikan. Latihan diadakan selama 5 hari diadakan di Unit Sukan JPN Perak. Para pemain yang terpilih mewakili Negeri Perak telah berkampung di sini selama 5 hari untuk mengadakan latihan.

Bukan mudah untuk berhadapan dengan pemain-pemain dari Selangor, WP KL. PP, Kelantan yang cukup hebat dalam permainan catur.

Gambar sekitar latihan pasukan catur MSSPk 2013








Berita Terkini... pengesahan tempat pertandingan.
Hotel Taiping Perdana.


Wednesday 6 March 2013

KEJOHANAN CATUR MSSPK 2013

Kejohanan catur MSSPk 2013 telah berlangsung dari 01 Mac 2013 hingga 03 Mac 2013. Kejohanan ini telah diadakan di Kompleks Rakan Muda, Kamunting, Taiping.
Kejohanan catur kali ini menyaksikan Kontijen Hulu Perak hampir mencapai sasaran iaitu mengekalkan pingat emas dalam ketegori perempuan bawah 12 Tahun dan emas dalam kategori perempuan bawah 18 tahun. Namun kerana kurang mahir dengan undang-undang dan peraturan permainan menyebabkan sasaran mencapai emas dalam kategori perempuan bawah 18 tahun tidak kesampaian.

Tahniah diucapkan kepada Puteri Catur Hulu Perak Tengku Nurafruz bt Tengku Yunus dari SK RKT Bersia kategori perempuan bawah 12 Tahun yang telah berjaya mengekalkan emas. Tengku Nurafruz telah mengungguli Kejohanan Catur MSSPk 2012 yang berlangsung di Batu Gajah, Perak.  Pada tahun ini sekali lagi adik Tengku Nurafruz berjaya mengekalkan kejuaran dalam kategori yang sama.
 
 
Pusingan pertama menemukan Adik Tengku Nurafruz bertemu dengan rakan sepelatih Adik Nur Damia Asri yang menyaksiakn keputusan seri.

 
 
Sekalung tahniah juga diucapkan kepada adik Nur Damia Asri kerana berjaya mendapat  tempat ke3 dalam kejohanan catur MSSPk tahun ini.
 
Selain dari dua orang puteri ini, kontijen HUP juga menyaksikan tiga orag pelajar lagi yang berjaya mewakili Negeri Perak ke Kejohanan Catur MSSM 2013 iaitu adik Amirul Amin B Samsudin dari SK Mahkota Sari L12, Danish Danial L15 dari MRSM Gerik dan Chong Xiao Thong P 18  dari SMK Bt 4 yang mendapat tempat ke tiga dalam kejohanan tersebut.
 
Warga catur HUP mengharapkan mereka akan menyumbang sesuatu untuk MSSPk dan MSSHUP. Selamat berusaha.
 
Pencapaian HUP 2013
 
Bakal pencabar MSSPK 2014 L12

Gangsa  L15
 
Gangsa L12
 

 Gangsa P12
 

Emas 2 tahun berturut-turut P12 (2012&2013)
 
Gangsa P18
 
Kontijen Hulu Perak ke MSSPk
 
Pemain yang berjaya ke Fasa 2

Jamuan akhir KFC sebelum pulang.