Saturday 7 May 2011

Detik Bersejarah Kontigen Hulu Perak

Kejayaan merangkul 2 pingat emas kategori lelaki bawah 18 dan 15 tahun, 1 pingat perak kategori lelaki bawah 12 tahun dan 2 pingat gangsa dan merangkul Johan Keseluruhan adalah umpama mimpi di siang hari.

Hulu Perak bukanlah pasukan yang ternama dalam kejohanan catur. Malah daerah ini juga tidak mempunyai jurulatih yang hebat seperti Kinta Utara, Batang Padang, Hilir Perak, Perak Tengah  dan pasukan yang lain bukan sahaja mempunyai ramai jurulatih yang hebat malah dibarisi para pencatur yang mempunyai rating yang tinggi di peringkat kebangsaan.
Ramai juga yang tidak percaya akan kejayaan ini. Malah ada juga yang tidak menerima hakikat atas rezeki ini dengan anggapan bahawa Hulu Perak bergantung dengan tenaga luar dan sebagainya. Walau apapun anggapan yang mereka lontarkan, kami di daerah ini tahu rialiti sebenar bagaimana detik-detik bersejarah ini dicipta. Gabungan tenaga yang bersungguh-sungguh dikalangan guru-guru muda dan baru dalam bidang ini dan penerapan kaedah latihan yang berkesan ternyata membuahkan hasil.

Kekuatan mental dan kesabaran yang tinggi serta berdisiplin yang disematkan ke dalam jiwa pencatur Hulu Perak ini ternyata mampu membuahkan hasil yang tidak pernah diimpikan.

Kontigen Hulu Perak

Kontigen Hulu Perak L 12,L 15 dan L 18

 
Kontigen Hulu Perak P 12, P 15 dan P 18

Kilauan 2 emas bersama pencatur Arena Pemenang


 Pencatur yang menghadiahi 2 butir emas bersama jurulatih.
2 buti emas, sebutir perak dan  dua butir gangsa
Detik meraikan kemenangan di KFC Kuala Kangsar

Keceriaan terpancar di wajah para pegawai pengiring.

Keceriaan bersama kontigen 

Makanan yang terhidang perlu dinikmati.
Inilah detik-detik bersejarah pencatur Hulu Perak yang dapat dirakam dan diabadikan.

Chong Xia Thong kategori perempuan bawah 15 membawa pulang pingat gangsa

Nor Fatin Anisa berjaya membawa pingat gangsa bagi kategori perempuan bawah 18

Ching Hao Yuan berjayaan membawa pingat perak kategori lelaki bawah 12

Pingat emas kategori lelaki bawah 15 berjaya dibawa pulang ke Hulu Perak
 
Pingat emas kategori lelaki bawah 18 tahun juga berjaya dibawa balik ke Hulu Perak.

Tahniah para pencaturku dan terima kasih sahabat yang menyumbang ke arah kejayaan ini.





Friday 6 May 2011

Kejohanan Catur MSSPk 2011

2.05.2011 Hari yang mendebarkan bagi kontigen Hulu Perak. Walau pun hari ini adalah hari cuti umum, kami bergerak juga ke Parit Buntar untuk mengambil bahagian dalam pertandingan catur MSSPk 2011 yang dianjurkan oleh Daerah Kerian.

Kami agak sukar untuk bergerak serentak kerana pencatur yang terpilih mewakili HUP kali ini datang dari lokasi yang berlainan. Ada dari Pengkalan Hulu, dari Gerik dan dari Lenggong. Atas perbincangan dan persetujuan bersama akhirnya pengurus dan jurulatih bersetuju mula bertolak dari tempat masing-masing pada jam 10.30 pagi. Kami dengan tiga buah kereta bergerak dari SK Sri Adika Raja tempat berkumpul mula bertolak pada pukul 10.40 pagi. Kami mengambil jalan pintas dengan melalui Bukit Sumpitan, Ijok dan Selama manakala kontigen dari Lenggong mengambil jalan melalui Kuala Kangsar.

Alhamdulilah kami sampai di Parit Buntar lebih kurang pukul 12.30 petang.Kami telah ditempatkan di asrama SM Seri Perak, tempat yang agak selesa dan berhampiran dengan tempat pertandingan di Dewan Besar Asrama SMK Panglima Bukit Gantang.


Selamat berjuang pencatur Hulu Perak.

Latihan Pusat Kontigen Hulu Perak.

Latihan Pusat telah diadakan di SK Sri Adika Raja selama 3 hari(  27, 28 dan 30 / 4/ 2011) Terima Kasih tidak terhingga buat Tuan Guru Besar SK Sri Asik Raja dan Pk Ko En Zaidi yang sudi membenarkan latihan pusat diadakan di sekolah tersebut.
2011 Hulu Perak membuat perubahan yang drastik dalam menyediakan pasukan yang akan mewakili Hulu Perak ke pertandingan Catur peringkat negeri yang kan berlangsung di SM Sri Perak, Parit Buntar Perak pada 2.5.2011 - 5.5.2011.
Kerjasama dari Otai-otai Catur di Gerik diminta untuk menjadi regu dalam latihan yang dilaksanakan. Terima kasih atas kesudian membantu PTPS Hulu Perak menjayakan perancangan yang disusun.

Otai Komando sedang melatih peserta harapan. 

Jurulatih Catur Hulu Perak memerhati setiap pergerakan dan memberi komen untuk memperbaiki kelemahan dari semasa ke semasa tanpa jemue-jemu.

Jurulatih dan guru-guru juga turut menyumbang tenaga melatih para pencatur Hulu Perak.

Otai Komando sedang mengadakan perlawanan dengan Norkhalida pemain yang pernah mewakili Negeri Perak ke pertandingan catur MSSM di Kangar, Perlis 2010.

Otai Kajo Gerik sedang khusuk menghadapi Asmee wakil Hulu Perak dalam kategori Lelaki bawah 18.
Masa latihan selama 3 hari bagai tidak mencukupi untuk mempersiapkan pasukan yang akan bertarung di Kerian nanti.

Thursday 5 May 2011

Pertandingan Catur MSSD 2011

Pertandingan catur Majlis Sukan Sekolah Daerah Hulu Perak telah dilaksanakan dengan jayanya pada 2.4.2011 di Dewan Besar SM Teknik, Gerik.
Pertandingan ini mendapat kerjasama dari guru-guru penasihat kelab catur sekolah-sekolah Hulu Perak.

 Arbiter bertugas menyusun buah catur dan peralatan yang diperlukan sebelum pertandingan.

Para perserta yang mengambil bahagin mendaftar diri di meja pendaftaran. 

 Penasihat Kejohanan Catur Ustaz Fadhil dan Arbiter Negeri Perak En Abu Bakar Martin turut bersama-sama menjaya dan memeriahkan lagi kejohanan ini.

Tn Hj Aminuddin selaku Ketua Arbiter sedang menjalankan tugas memberi taklimat peraturan kepada 270 orang perserta kejohanan dalam enam kategori lelaki 12 tahun ke bawah, perempuan 12 tahun ke bawah, lelaki 15 tahun ke bawah, perempuan 15 tahun ke bawah, lelaki 18 tahun ke bawah dan perempuan 18 tahun ke bawah.

Para pencatur muda khusuk menyusun strategi dalam perlawanan.