Thursday 28 May 2015

Catatan 2015

 
Dunia Catur sekali lagi dimeriahkan pada tahun 2015 ini. Kali ini kejohanan catur MSSM yang diwar-warkan akan dilaksana di Labuan akhirnya bertukar ke Pulau Pinang.  Berbagai aktiviti yang dilaksanakan di merata pelusuk negara kearah menyediakan pelajar untuk bersaing  di kejohanan tersebut.
 
Dalam kemeriahan ini Daerah Hulu Perak juga tidak ketinggalan mengadakan pelbagai aktiviti berbentuk dalaman untuk mencungkil bakat dalam kalangan  pelajar. Pelajar yang berpotensi dipilih untuk dilatih dan diberi pelbagai pendedahan oleh Unit Sukan PPD Hulu Perak. Dengan kerjasama sekolah-sekolah yang berminat, program pembangunan sukan catur ini berjaya dilaksanakan di Daerah Hulu Perak.
 
Antara program yang dilaksanakan ialah Program Pembangunan Catur Peringkar Asas  Fasa 1 dan 2, Pertandingan Catur Tertutup Daerah Hulu Perak, Sirkit 1, 2 dan 3 Unit Sukan JPN Perak, Program Sirkit ini telah berjaya dilaksanakan  di Daerah Kuala Kangsar, Batang Padang dan Kinta Selatan.
 
 
KEJOHANAN CATUR MSSPK 2015
 

Tirai Sukan Catur Hulu Perak dan Negeri Perak dibuka dengan keputusan mensyuarat yang telah memilih Hulu Perak Sebagai Pengelola Kejohanan Catur MSSPk 2015. Berbekalkan semangat dan keazaman yang tinggi Unit Sukan Hulu Perak, PTPS Catur dan guru-guru telah menyusun pelbahai aktiviti untuk persediaan sebagai pengelola Kejohanan Catur MSSPk 2015. 
 
 
 
 
 
 
 
 


 
 Peserta Catur di Majlis Bacaan Yasin Sempena Pembukaan KKTM Lenggong.
 



Pengurusan Kejohanan Catur



 
Kontinjen Hulu Perak 


 
 En Syukri Penyelia Sukan JPN dan En Tarmizi Penyelia Sukan Hulu Perak.
 

Barisan PTPS Negeri Perak
 



Perbincangan Diutamakan Dalam Menyelesaikan Pelabagai Masalah
 





 
 En Samsudin Saleh PTPS Catur Perak dan En Syukri ketika melancarkan Kejohanan Catur MSSPK 2015 di Dewan KKTM Lenggong.





 
 
Persediaan Pasukan Perak ke MSSM 2015.
 
 Pelajar yang telah berjaya dalam Kejohanan Catur MSSPK 2015 telah dipilih untuk mewakili Negeri Perak  ke Kejohanan Catur MSSM 2015 di Pilau Pinang. Latihan Pusat telah dilaksanakan di PKG Lenggong dan di SK Sri Adika Raja, Gerik.
 
 Sesi Latihan Pusat Catur Fasa 1 di PKG Lenggong