Monday 11 March 2013

Kejohanan Catur MSSM 2013

Selamat datang kita ucapkan kepada semua kontijen dari seluruh negara ke Negeri Perak Darul Ridzuan kerana Kejohanan Catur MSSM 2013 akan berlangsung di sini buat kali ini.

Kejohanan ini dijangka akan diadakan dari 23.3.2013 hingga 29.3.2013 di komplek Rakan Muda Kamunting, Taiping. Namun ada ura-ura dari pihak pengurusan untuk memberi keselesaan kepada kesemua pemain, kejohanan ini kemungkinan akan dipindahkan ke Hotel Perdana Taiping. Walau bagaimanapun diharap para pencatur bersabar menunggu berita berkenaan.






Dalam kesibukan PTPS Negeri membuat persediaan di peringkat MSSM, persiapan kontijen Perak tidak diabaikan. Latihan diadakan selama 5 hari diadakan di Unit Sukan JPN Perak. Para pemain yang terpilih mewakili Negeri Perak telah berkampung di sini selama 5 hari untuk mengadakan latihan.

Bukan mudah untuk berhadapan dengan pemain-pemain dari Selangor, WP KL. PP, Kelantan yang cukup hebat dalam permainan catur.

Gambar sekitar latihan pasukan catur MSSPk 2013








Berita Terkini... pengesahan tempat pertandingan.
Hotel Taiping Perdana.


No comments:

Post a Comment