Wednesday 26 December 2012

Monday 29 October 2012

Kejohanan Pembangunan Catur Negeri Perak

Hulu Perak tampil menyerlah dalam program pembangunan catur  Negeri Perak 2012. Kejohanan tersebut telah berlangsung pada 19, 20 dan 21 Oktober 2012 di Batu Gajah, Perak.

        Kejohanan yang dianjurkan oleh JPN Perak tersebut bertujuan untuk mencungkil bakat dan mengenalpasti pelajar yang berpotensi dari seluruh pelusuk negeri.

        Kejohanan ini menyaksikan wakil dari  Hulu Perak berjaya merangkul 3 emas iaitu P 16, L14 dan P11 manakala 3 gangsa dalam kategori P16, P14 dan L11. Tahniah diucapakan kepada para pelajar yang berkenaan atas kesungguhan dan usaha yang berterusan.
 
 

Johan P 12
 
Gangsa P 14

Johan L14
Johan P16
 
 
 Gangsa P16
 
 
 
 
 
 

 


 


 
 
 

Tuesday 9 October 2012

Kejohanan Pembangunan Sukan Catur Hulu Perak 2012

Program Pembangunan Sukan Catur Daerah Hulu Perak akan diadakan pada:

Tarikh:  13. 10. 2012

Tempat: Dewan Makan Asrama SK Sri Adika Raja.

Masa  : 8.00 pagi - 5 petang

Para pelajar dari sekolah rendah dan menengah Daerah Hulu Perak dijemput mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.Pemenang akan mewakili Daerah Hulu Perak ke Kejohanan Peringkat Negeri Perak pada 19, 20 dan 20 Oktober 2012.

Syarat Penyertaan :

Mewakili sekolah masing-masing dalam kategori L/P 11 Tahun dan ke bawah, L/P 14 Tahun dan ke bawah, L/P 16 Tahun dan ke bawah.

Yuran Penyertaan : Percuma.

Tarikh tutup pengesahan penyertaan : 11.10.2012 ( Khamis )

Sila dapatkan maklumat lanjut dari Guru Penasihat Kelab Catur sekolah masing-masing.

Tuesday 17 July 2012

Kejohanan Catur MSSPk 2012

Arena Blitz telah diperkenalkan buat kali pertama dalam Kejohanan Catur MSSPk. Kategori ini diperkenalkan dengan tujuan untuk mendedahkan kepada para perserta untuk berfikir dan membuat keputusan dengan lebih pantas. Kawalan masa 15 mini amat bersesuaian dengan palajar. Tahniah Perak Tengah dengan inisiatif ini. Diharapkan daerah-daerah lain yang diberi penghormatan untuk menganjurkan kejohanan di peringkat negeri ini dapat mencontohi usaha yang telah dilakukan oleh Perak Tengah.
Berikut adalah keputusan yang dicapai oleh Daerah Hulu Perak dalam kategori ini.



BLITZ CATUR BAWAH 15 (LELAKI)







Wednesday 13 June 2012

Tahniah Perak

Pasukan Catur MSSPk masih mampu memberi saingan sengit dalam Kejohanan Catur MSSM 2012 di Kuala Terengganu.Meskipun gagal mencapai sasaran namun pasukan catur MSSPk masih mampu tersenyum walaupun tidak dibarisi pemain ternama.
Pelajar dari Daerah Hulu Perak yang mewakili Pasukan Negeri Perak juga memberi saingan yang hebat. Meskipun pelajar berkenaan datang dari kawasan hulu dan jauh dari bandar, namun saingan sengit tetap diberikan.
Pencapaian Kategori Individu Wakil Perak di Kejohanan Catur MSSM 2012 :

L 12 :MUHAMAD KHAIRUL IZWAN HAIKAL  ke 12
L12 : UMAIR UBAIDAH BIN AMILUDDIN ke 15
P12  : FAQIHAH NUWAIRAH MAHMARULIM ke 25
P12  : VAISHNAVI A/P PARAMASIVAM ke 26
L 15 : AMIRUL RAFIQ B AHMAD RIDZUANke 15
L15  :AHMAD ADIB B ABD MALIK ke17
P15  :IZZAH ATIRAH BT MOHD MAHADI ke 13
P15  : SHANGEETHA A/P SUKUMARAN ke 18
l18  :EE KONG YUN ke 5
L18 :EZAQ DZAFRIEUDIN BIN MOHD ZAKI ke 20
P18 : NURKHALEDA FATIHA BT BAHARUDIN ke 15
P18 : FADHILAH BT ROSLAN ke 18


Pencapaian keseluruhann L12


Pencapaian Keseluruhan  P12

Pencapaian Keseluruhan L15

Pencapaian Keseluruhan P18 Individu









Catur Hulu Perak  mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada 5 orang pelajar dari Hulu Perak kerana berjaya menempatkan diri sebagai sebahagian dari kontijen MSSPk 2012 yang menggalas cabaran ke Kejohanan Catur MSSM 2012.

Sunday 3 June 2012

KEJOHANAN SOFBOL DAN CATUR MSSM KUALA TERENGGANU 2012



Terengganu telah diberi penghormatan oleh KPM untuk menganjurkan Kejohanan Catur MSSM 2012 . Kejohanan kali ini dijangka lebih hebat dari tahun-tahun sebelumnya kerana kejohanan ini akan berlangsung di Stadium Negeri iaitu sebuah lokasi yang cukup selesa untuk pertandingan ini.
Para pencatur yang mewakili negeri masing masing akan bermain sebanyak 6 pusingan. Seramai enam pemain bagi setiap kategori iaitu L12, P 12, L15, P15, L18 dan P18. 2 pencatur akan bermain dalam kategori individu dan 4 pencatur akan bermain dalam kategori berpasukan.
Pusingan pertama Pertandingan Catur MSSM kali ini akan bermula pada pukul 2.30 petang secara serentak. Penyesuaian gelanggang pertandingan akan dilaksanakan pada pukul 9.00 pagi bagi memberi peluang kepada para pencatur menyesuaikan diri dengan persekitaran di Stadium Negeri ini.
Sila layari laman rasmi berikut untuk perkembangan menyeluruh:

Sunday 29 April 2012

MSSPK 2012

Kejohanan Catur MSSPk 2012
25 - 28 April 2012
SMKA Sultan Azlan Zhah Bota

Seramai 240 pelajar telah berkampung di SMKA Sultan Azlan Shah selama 4 hari untuk berentap dalam Kejohanan Catur MSSPk 2012. Daerah Perak Tengah yang diketuai oleh PTPSnya En Zulkefli Zakaria telah menjadi tuan rumah kepada kejohanan ini . Sebanyak 12 kategori telah dipertandingkan dalam kejohanan ini untuk memilih wakil Negeri Perak ke Kejohanan Catur MSSM yang dijangka akan berlangsung di Terengganu pada tahun ini.Seramai 36 orang pelajar dari 6 ketegori akan dipilih untuk berentap di peringkat kebangsaan.
Pelajar dari SK Raban yang mewakili Hulu Perak berentap dim meja 1
Peseta dari Kerian dan LMS berentap di meja 1 pada pusingan ke4
P 18 menyaksikan Kinta Utara dan PMS Berentap.


L15 menyaksikan pelajar dari MRSM Gerik yang mewakili Hulu Perak sedang berentap dengan pelajar dari Kuala Kangsar di meja 1 pada pusingan terakhir.

Pelajar KU di meja 1
P18 menyaksikan pelajr HUP di meja 1 dan 2

P15 Hulu Perak berentap dimeja 1.

Kekuatan mental perlu ada dalam menempuh cabaran seperti ini.



Suasana sesak di dalam dewan pertandingan.

Barisan kepimpinan catur HUP dan arbiter.

En Mahadi (tengah) stage arbiter L/P 15.